Thursday 24 May 2018

 Rangkaian Komputer



 Rangkaian ialah unit-unit dalam kumpulan atau sistem yang berhubungan antara satu sama lain .Contoh rangkaian adalah seperti rangkaian laluan udara dan siratan makanan.


   Rangkaian komputer ialah sekumpulan komputer dan peranti berkaitan yang disambungkan antara satu sama lain untuk tujuan capaian maklumat,komunikasi dan perkongsian sumber.Melalui rangkaian,kita dapat mengakses data,perisian dan peranti yang terdapat pada komputer lain.

 Rangkaian berwayar dan Rangkaian tanpa berwayar.

 Rangkaian komputer terdiri daripada rangkaian berwayar dan rangkaian tanpa wayar.


  Rangkaian berwayar ialah rangkaian unit-unit dalam kumpulan atau sistem yang berhubungan antara satu sama lain dengan menggunakan kabel rangkaian.

Rangkaian tanpa wayar ialah rangkaian unit-unit dalaam kumpulan atau sistem yang berhubungan antara satu sama lain dengan menggunakan gelombang radio.


 Kegunaan rangkaian

 Satu daripada kegunaan rangkaian komputer adalah untuk capaian
 maklumat.Contoh capaian maklumat adalah melayari lamaan web.

Rangkaian komputer juga boleh digunakan untuk berkomunikasi.
Antara contoh komunikasi melalui rangkaian komputer ialah e-mel,
bual maya dan sidang video.

Satu lagi kegunaan rangkaian komputer adalah untuk perkongsian
sumber.Perkongsian sumber seperti perkongsian perisian dan peranti dapatt meminimumkan bilangan perisian dan peranti yang diperlukan .Perkongsian sumber juga memudahkan serta mempercepat capaian dan penyebaran sumber.

 Perkakasan seperti komputer dan pencetak boleh disambung dalam rangkain berwayar dengan menggunakan suis.Perkakasan juga boleh disambungkan dalam rangkaian tanpa wayr dengan mengggunakan titik capaian tanpa wayar.